A-Z Tentang Solat
Kursus ini membincangkan bab-bab solat & bersuci dengan lebih mendalam lagi, menggunakan buku 'A-Z Tentang Solat' oleh Dr. Nik, terbitan Galeri Ilmu.
Ibadah solat adalah TIANG agama. Apabila ia runtuh maka runtuhlah agama. Ia juga adalah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat…” (Hadis Shahih-Riwayat Abu Daud)
Antara fungsi solat juga ialah ia dapat mencegah pelakunya dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
“Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).
Oleh kerana solat juga dikaitkan dengan pencegahan untuk seorang Islam dari melakukan kemaksiatan dan dosa, maka sewajarnya kita mempelajari untuk lebih meningkatkan mutu solat kita dengan melakukan solat dengan cara yang lebih sempurna sesuai dengan tunjuk ajar dari Rasulullah ﷺ.
Maka itu, kursus ini memberi peluang yang intensif kepada masyarakat Islam untuk mendalami ibadah solat, menghalusi perbuatannya serta menghayatinya di dalam kehidupan kita.
Antara topik-topik yang akan dipelajari ialah:
Thoharoh (Bersuci):
Solat:
dan lain-lain lagi…
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.
A-Z Tentang Solat - Sesi 1
A-Z Solat - Kuiz 1
A-Z Tentang Solat - Sesi 2
A-Z Solat - Kuiz 2
A-Z Tentang Solat - Sesi 3
A-Z Solat - Kuiz 3
A-Z Tentang Solat - Sesi 4
A-Z Solat - Kuiz 4
A-Z Tentang Solat - Sesi 5
A-Z Solat - Kuiz 5
A-Z Tentang Solat - Sesi 6
A-Z Solat - Kuiz 6