Sinopsis Kursus

Terbuka untuk wanita & lelaki!

Antara permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat Islam kita ialah permasalahan mengenai darah haid, istihadhah dan nifas

Ia adalah tajuk yang sangat penting dan wajib diberikan perhatian yang sangat teliti sebab ia bersangkut paut dengan masalah ibadah seharian.

Walaupun ianya adalah perkara yang dihadapi oleh wanita, namun sebagai suami atau ayah yang mempunyai isteri atau anak perempuan, adalah menjadi tanggungjawab bagi kaum lelaki untuk memastikan bahawa isteri dan anak-anak perempuan mereka mendapat pendidikan secukupnya di dalam agama, termasuk di dalam bab darah wanita (fardhu kifayah bagi lelaki untuk belajar & fardhu ‘ain untuk setiap wanita belajar)

Sebahagian golongan wanita mengambil sikap sambil lewa dan hanya “mengagak-agak” sahaja di menentukan waktu haid atau istihadhah mereka masing-masing. Sebahagian pula rasa malu untuk mempelajari bab ini.

Sehubungan itu, Al-Hadi Academy mengambil pendekatan untuk memudahkan golongan wanita & lelaki mempelajari bab yang amat penting ini.

Bagi para ibu, bapa dan suami yang meyakini bahawa isteri atau anak-anak perempuan mereka masih belum begitu faham dalam permasalahan ini, harap dapat menghantar mereka untuk mempelajari salah satu bab dari ilmu fardhu ‘ain.

Antara perkara-perkara yang akan dipelajari ialah:

  • Pengertian haid, istihadhah & nifas

  • Mengenali ciri-cirinya

  • Cara-cara untuk membezakan antara darah haid & istihadhah

  • Contoh-contoh perkiraan hari bagi menentukan jenis darah

  • Hukum-hakam yang terikat dengan darah tersebut

dan lain-lain lagi...

Cebisan Video Kursus


Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

    1. Fiqh Darah Wanita - Bhg 1

    1. Fiqh Darah Wanita - Bhg 2

Info Kursus

  • 2 lessons
  • 3 hours of video content

Enrol Now in 'Full Membership' level To Gain Access

Click on the button below to get started