Sinopsis Kursus

Solat Jumaat:

Solat Jumaat merupakan solat yang dilaksanakan khusus pada hari Jumaat untuk golongan yang tertentu, seperti para lelaki yang Muslim, baligh, berakal, merdeka dan tiada uzur syar'ie ke atasnya untuk meninggalkannya.

Ia juga memiliki hukum-hakam yang tersendiri, yang terdiri daripada rukun solat, syarat sah solat, rukun khutbah dan syarat sah khutbah.

Begitu juga terdapat hukum hakam lain yang terpaut dengannya, seperti:

  • Siapakah golongan yang diberikan keuzuran untuk tidak melaksanakan solat Jumaat?

  • Apakah yang patut dilakukan ke atas orang yang meninggalkan solat Jumaat, samada terdapat keuzuran ataupun tidak ke atas dirinya?

  • Apakah sah solat Jumaat tanpa mendengari khutbah?

  • Apakah yang patut dilakukan jika makmum masuk solat lambat (masbuq)?

  • Adakah benar bahawa mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat hanya boleh mendirikan solat Zohor setelah selesai solat Jumaat di masjid?


dan lain-lain lagi...


Solat Jenazah:

Solat jenazah merupakan solat yang wajib dilakukan ke atas orang Islam yang telah meninggal dunia sebelum ia dikebumikan. Ia merupakan solat yang sangat ringkas, mengandungi empat takbir dan salam, tanpa ada rukuk dan sujud. Hukumnya ialah fardhu kifayah.

Namum berdasarkan pengamatan kami, walaupun ia adalah solat yang sangat mudah dilakukan, ia juga merupakan solat yang sering ditinggalkan oleh ramai orang di kalangan masyarakat kita.

Sebahagian besar juga yang masih tidak mengetahui cara-cara untuk melakukan solat jenazah ini.

Maka itu, kursus ini ditawarkan kepada orang umum untuk mempelajari tata-cara serta hukum-hakam yang berkaitan dengannya.

(Perhatian: Ini BUKAN kursus penyelenggaraan jezanah, tetapi hanya melibatkan solat jenazah sahaja)


Antara perkara-perkara yang akan dipelajari di dalam bengkel ini ialah:

  • Pengertian solat jenazah

  • Siapakah orang-orang yang lebih layak dan berhak untuk melakukan solat jenazah?

  • Rukun-rukun solat jenazah (Tanpanya, maka tidak sah solat jenazah)

  • Cara-cara solat jenazah (praktikal)

  • Syarat-syarat sah solat jenazah

  • Jenazah mestilah seorang Islam. Bagaimana pula jika tidak dapat dipastikan agama mayat tersebut? Bolehkah disolatkan juga?

  • Bagaimana pula dengan jenazah yang mati syahid? Perlukah disolatkan juga?

  • Bagaimana pula menentukan jenazah tersebut dikira mati syahid ataupun tidak?

  • Mayat bayi atau janin – Mati dalam kendungan atau selepas kelahiran – Perlu disolatkan? Jikalau perlu, bagaimana hendak menentukannya?

  • Cara-cara makmum masbuk (makmum yang lambat masuk solat jenazah) menyempurnakan solat jenazah

  • Bilakah dibenarkan solat jenazah? Bolehkah solat jenazah pada waktu-waktu yang ditegah melakukan solat?

  • Hukum bagi wanita untuk solat jenazah

  • Solat jenazah ghaib. Pengertian, tatacara dan syarat-syaratnya


dan lain-lain lagi…

Cebisan Video Kursus


Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

    1. Fiqh Solat Jumaat & Solat Jenazah - Sesi 1

    1. Fiqh Solat Jumaat & Solat Jenazah - Sesi 2

Info Kursus

  • 2 lessons
  • 3 hours of video content

Enrol in 'Full Membership' Level To Gain Access

Click the button below to get started