Kuliah: Hadith 40 Imam Nawawi
Kursus ini memberikan penjelasan dan penerangan terhadap semua hadith-hadith yang terdapat dalam koleksi 'Hadith 40' yang disusun oleh Imam An-Nawawi. Ianya dibahaskan dengan gaya bahasa yang mudah, serta bersifat komprehensif & kontekstual.
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.